Pengakuan artis porno yang menginsafkan

September 1, 2009

Filem porno sememangnya amat menjijikkan. Pelakon-pelakon filem porno juga sememangnya manusia yang penuh dengan kejijikan. Namun sesetengah pihak mungkin menyangka pelakon-pelakon filem seperti itu, khususnya yang wanita hidup bahagia dan mereka melakukannya dengan kerelaan hati.

Bagaimanapun, anggapan seperti sebenarnya amat salah. Sebaliknya, mereka sebenarnya melakukannya akibat paksaan. Mereka hidup dalam keadaan yang amat menyeksakan. Kehidupan mereka penuh dengan konflik jiwa jauh sekali merasai kebahagian dalam hidup.

Sebagai bukti, seorang bekas artis porno, SHELLEY LUBBEN di dalam webnya, www.shelleylubben.com secara jujur mengakuinya. Ikutilah pengakuan beliau seperti yang diceritakan dalam webnya dan turut dipetik oleh akhbar harian Indonesia, Tempo serta akhbar Siasah.

Catatan ini ku persembahkan kepada semua artis porno yang terkena HIV, meninggal kerana overdos memakan ubat-ubatan yang dilarang, atau meninggal dunia kerana bunuh diri.

Filem-filem porno penuh dengan adegan seks yang menampilkan seorang gadis perang yang merangsang nafsu dan mengatakan, “aku mengingimu“, sebenarnya sebuah penipuan terbesar sepanjang masa.

Percayalah pada saya kerana saya pernah mengalaminya. Saya melakukannya sepanjang hidup saya dan saya melakukannya kerana gila kuasa dan menurut nafsu gila walaupun sebenarnya saya tidak pernah menyukai seks.

Saya tidak inginkan seks. Sebenarnya saya lebih ingin menghabiskan waktu dengan Jack Daniels (jenama minuman keras) dibandingkan dengan “lawan permainan” saya di filem itu.

Benar! Tidak ada seorang pun dari kami, gadis-gadis perang ini yang menyukai pornografi. Kami membencinya. Kami benci tubuh kami dijamah oleh orang yang tidak dikenali yang sama sekali tidak memperdulikan tentang kami.

Kami benci harga diri kami dilanyak oleh tubuh mereka yang berbau dan berpeluh. Banyak yang begitu jijik sehingga kami boleh mendengar mereka muntah di bilik mandi ketika “melakukan adegan.” Yang lainya dapat dilihat di luar, merokok Marlboro Lights tidak henti-henti.

Tetapi industri pornografi mahu anda berfikir bahawa kami, artis-artisnya menyukai seks. Mereka mahu anda berfikir kami senang direndahkan oleh tindakan-tindakan ganas dan menjijikkan.

Sebenarnya, semua bintang filem porno memulai kariernya tanpa kontrak kerja yang jelas dan dipaksa oleh para produser filem untuk melakukan adegan, atau pergi tanpa dibayar.

Bekerja atau tidak usah sama sekali

Ya, kamilah yang membuat keputusan itu. Beberapa orang dari kami memerlukan wang tetapi kami telah dimanipulasi, dipaksa bahkan diancam. Beberapa orang terkena HIV sebagai akibat dari paksaan itu. Saya sendiri terjangkit Herpes, penyakit menular seksual yang tidak dapat disembuhkan.

Bintang porno yang lainnya pulang ke rumah setelah semalaman menahan sakit dan diacukan pistol ke kepalanya dan menarik picunya.

Memang boleh dikatakan kebanyakan wanita yang beralih ke industri pornografi sejak kecilnya hidup dalam keadaan yang tidak sihat (tidak membahagiakan). Memang! Banyak bintang porno yang mengakui mereka mengalami perlakuan kejam secara seksual, fizikal, verbal dan diterlantarkan oleh orang tua. Beberapa orang diperkosa oleh orang-orang yang dekat dengannya sendiri dan dianiaya oleh tetangganya.

Ketika kami masih gadis kecil, keinginan kami hanyalah bermain boneka dan bersuka ria bukanlah ditiduri oleh seorang pemuda ganas yang menyeramkan. Akhirnya, apa yang kami belajar semasa muda ialah seks membuatkan diri kami lebih berharga.

Perkosaan mengerikan yang sama kami alami ketika kami berlakon di depan kamera.

Kami adalah gadis-gadis kecil dipenuhi trauma, yang hidup dengan ubat penenang, dadah, dan alkohol, menambah lagi kesakitan kami di hadapan anda yang terus memperhambakan kami dengan kejam dan sewenang-wenangnya.

Ketika kami terus menambah trauma dan luka hati kami dengan membuat lebih banyak filem-filem porno, kami menggunakan lebih banyak lagi dadah dan alkohol. Kami hidup dalam ketakutan setiap hari akan AIDS dan penyakit menular seksual.

Setiap kali ada kes HIV di antara kami, segera kami berlumba-lumba ke klinik terdekat untuk pemeriksaan darurat. Pembuat filem porno memaksa memberikan pelanggannya fantasi seksual apapun yang mereka mahukan serta mengorbankan begitu sahaja para pemain filemnya.

Dengan kata lain, tidak ada alat kontrasepsi yang boleh digunakan. Herpes, gonorrhea, syphilis, chlamydia, dan penyakit lainnya sudah menjadi seperti kegelisahan normal yang kami hadapi sehari-hari.

Kami diperiksa setiap bulan tetapi kami tahu pemeriksaan itu bukan pencegahan.

Di samping takutkan penyakit menular seksual, banyak aktiviti seksual yang kami lakukan amatlah berbahaya. Beberapa dari kami terluka secara fizikal dan mengalami kerosakan organ tubuh bahagian dalaman.

Ketika bintang porno keluar dari tempat kerjanya, beristirehat, kami berusaha mencari hubungan lawan jenis yang normal dan sihat tetapi ‘kekasih‘ kami menjadi cemburu dan melukai kami secara fizikal.

Akibatnya, kami menikahi sutradara filem porno kami dan yang lainnya memilih hubungan sesama jenis. Benar-benar suatu ketika anak perempuan kami secara kebetulan berjalan keluar dan melihat ibunya mencium seorang wanita. Anak perempuan saya menyaksikan hal sedemikian itu!

Di siang hari kami berjalan berkeliling seperti mayat hidup dengan bir di tangan yang satu dan wiski di tangan yang satu lagi. Kami tidak peduli dengan kebersihan jadi kami biarkan rumah kami kotor atau kami mengupah pembantu untuk datang membersihkannya.

Artis porno juga bukan tukang masak yang baik. Memesan makanan sangat normal bagi kami. Akan tetapi setelah kami makan maka kami akan memuntahkannya kembali kerana bulimia yang kami hidapi.

Untuk bintang porno yang mempunyai anak, kami adalah ibu terburuk di dunia. Kami berteriak histeria dan memukul anak kami tanpa alasan. Sering kali ketika kami sedang mabuk dan tidak sedarkan diri, anak-anak kami yang berumur empat tahun itulah yang mengangkat kami dari lantai.

Ketika pelanggan kami datang untuk seks, kami mengunci mereka di dalam bilik dan menyuruh mereka diam. Saya biasanya memberi anak saya sebuah pager dan menyuruhnya menunggu di taman sehingga saya selesai.

Kebenarannya, tidak ada fantasi apapun dalam pornografi. Semuanya adalah sebuah pembohongan yang besar. Jika anda melihat dengan lebih dekat adegan-adegan dalam kehidupan seorang bintang porno, anda akan melihat sebuah filem yang industri pornografi tidak mahu anda melihatnya.

Sebenarnya, artis-artis porno mahu mengakhiri rasa malu dan trauma dari hidup kami tapi kami tidak dapat melakukannya sendiri.

Kami perlukan anda semua, para lelaki yang beriman untuk bertarung bagi mendapatkan kebebasan diri kami dan mengembalikan harga diri kami. Kami tagih anda untuk lindungi kami dengan lengan-lengan yang kuat sementara kami menangisi duka-duka kami dan perlahan-lahan dipulihkan.

Kami perlukan kalian untuk berdoa bagi kami agar Tuhan mendengar dan membentuk kembali hidup kami yang hancur lebur.

Jadi janganlah mempercayai lagi pembohongan itu. Pornografi tidak lebih dari seks palsu dan pembohongan yang difilemkan. Percayailah saya! Saya tahu kerana saya mengalaminya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: