Selawat Fatih

September 4, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam dipanjatkan atas junjungan besar Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga keatas sahabat-sahabat baginda dan ahli keluarga baginda.

Bersempena hari yang mulia lagi berkat di sisi orang Islam ini maka ingin sekali saya mengambil kesempatan untuk menyatakan sedikit kelebihan berselawat. Tambahan pula kita amat-amat dianjurkan supaya memperbanyakkan selawat pada hari jumaat ini. Sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam :

اكْثَرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ في كُلِّ يَوْمِ جُمْعَةٍ فَاِنَّ صَلاَةَ اُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمْعَةٍ فَمَن كَانَ اَكْثَرَهُم عَلَيَّ صَلاَةً كَانَ اَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً. – رواه البيهقي

“فربايقله أوليه كامو أتسكو درفد صلوات فد هاري جمعة. مك سسوغضوهث صلوات أمتكو دتاثغكن كفدكو تيف٢ هاري جمعة. مك برغسياف يغ فاليغ باثق برصلوات أتسكو مك دياله يغ فاليغ همفير تمفتث دغنكو. – رواية البيهقي

Perbanyaklah oleh kamu atasku daripada selawat pada hari jumaat. Maka sesungguhnya selawat umatku ditayangkan kepadaku tiap-tiap hari jumaat. Maka barangsiapa yang paling banyak berselawat atasku maka dialah yang paling hampir tempatnya denganku.”

Di dalam risalah ini akan saya nyatakan tentang kelebihan Selawat Fatih yang saya kutip daripada kita Afdhalush-Sholah karangan Yusuf bin Ismail An-Nabhani. Dan In-sya-Allah selepas ini saya akan sambung lagi risalah-risalah ringkas berkaitan selawat.

Lafaz selawat :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah keagungan (sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami iaitu Sayyidina Muhammad. Pembuka bagi sesuatu yang di kunci. Dan penutup martabat hamba Allah yang telah dahulu. Lagi penolong kebenaran dengan kebenaran (dengan pertolongan Allah). Dan pemberi petunjuk kepada jalanMu yang lurus. Dan atas keluarganya yang sesuai dengan martabatnya (di dunia) dan martabatnya yang agung (di akhirat).”

Kelebihannya :

1. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.

2. Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.

3. Sesiapa mengekali atas Selawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.

4. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,1)di baca surah al-Qadr, 2)di baca al-Zalzalah, 3)di baca al-Kafirun, 4)di baca Ma-‘uzatain. Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.

5. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith, Muntahi

6. Telah disebut oleh kebanyakan Arifin bagi selawat ini terdapat banyak asror dan ajaa-ib.

7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah.

Sekian saja untuk kali ini…In-Sya-Allah saya akan menulis risalah yang lain berkaitan selawat pada Jumaat depan. Diharap saudara/saudari dapat mengambil manfaat dengan risalah yang terlalu ringkas ini. Sebarang pertanyaan sila email saya di qolis03@hotmail.com.

Wa-shollallahu ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: