Kelebihan Selawat 2

September 10, 2009

Risalah kali ini adalah muqaddimah yang ditulis oleh Sayyidi As-Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi di dalam kitab Sayyidush Sholawat yang saya naqalkan dan terjemahkan ke bahasa Melayu untuk manfaat kita bersama.

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Segala puji bagi Allah yang membuka daripada kunhil ghoib akan tampalan kaa-inaat. Dan menjadikan asal kunhi itu dan timbulnya akan Nur Hakikat Sayyidina Muhammad. Maka adalah Nur Hakikat Sayyidina Muhammad itu asal Maujudaat. Maka mengada daripada Maujudaat dengan KekuatanNya yang bangsa Qudsi dan KalamNya yang bangsa Azali, fitrah semula jadi anak Adam. Dan menjadikan rangka fitrah anak Adam rupa alam dan mengajarkan anak Adam akan Asma’ sekeliannya. Dan menjadikan anak Adam daripada sekelian ciptaanNya sebagai rumusanNya dan pilihanNya. Maka bagiNya pujian bahawa telah menjadikan akan Nabi yang terpilih sebagai salinan asal yang sempurna lagi agung bagi semata-mata tiada dan ada. Dan telah membuka atas kedua tangan Rasulullah itu khazanah-khazanah yang kamilah bagi kemuliaan dan kemurahan.

Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang satu pada zatNya, yang satu pada Asma’Nya dan SifatNya. Dan aku bersaksi bahawa Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam hambaNya dan utusanNya yang dimuliakan dan kekasihNya yang diagungkan dan NurNya yang Mutholsam dan jalanNya yang sempurna yang lurus. Telah berselawatlah oleh Allah atasnya dan atas keluarganya yang suci lagi terpilih dan pencinta Rasulullah dari golongan yang baik-baik dan begitu juga telah sejahteralah dengan sebenar-benar sejahtera.

Dan selepas itu, maka ketahuilah wahai penggemar pada hendak sampai kepada hadrat Tuan bagi segala Tuan bahawa pintu hadrat itu satu jua, iaitu kasih akan Nabi yang suka bertaubat Shollallahu Alaihi Wasallam Wa Jumlatil Ali Wal Ashhab.

Telah berkata Hujjatul Islam Mujaddidul Millah As-Syeikh Abd Wahhab As-Sya’rani As-Syafie Al-Alawiy Radhiyallahu Anhu dalam Kitab Lawaqi-‘ul Anwar al-Qudsiyyah fil ‘Uhuudil Muhammadiyah :

Ketahui wahai saudaraku bahawa jalan untuk sampai ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala daripada jalan berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam adalah sedekat-dekat jalan kepada Allah.”

Dan telah berkata olehnya lagi Radhiyallahu Anhu pada tempat yang lain.

Maka jika membanyak oleh engkau daripada berselawat dan bersalam atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam boleh jadi engkau sampai kepada maqam melihat Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam. Dan iaitulah cara yang dibawa oleh as-Syeikh Nuruddin as-Syuuni dan Syeikh Ahmad az-Zawawi dan as-Syeikh Muhammad bin Daud al-Manzalaawi dan satu kelompok daripada syeikh-syeikh sezaman. Maka berkekalanlah setiap daripada mereka berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan membersih oleh mereka daripada segala dosa(yakni berselawat) sehingga berhimpun bersama Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam secara Yaqozhoh pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dan sesiapa yang tidak berhasil baginya akan pertemuan ini (berhimpun bersama Rasulullah) maka adalah dia hingga sekarang ini (masa tidak bertemu lagi) tidak memperbanyakkan membaca selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam akan sebagai banyak yang dituntut bagi menghasilkan baginya maqam ini.”

Dan telah berkata Ibnu Farhun al-Qurthubi al-Maliki Radhiyallahu Anhu :

Sesungguhnya pada selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam ada 10 karomah :-

  1. Yang terbesar dapat selawat daripada Raja Yang Maha Gagah.
  2. Mendapat syafaat Sayyidina Muhammad.
  3. Mengikut sunnah Malaikat.
  4. Menyalahi orang-orang Munafik dan Kuffar.
  5. Memadamkan kesalahan dan dosa.
  6. Membantu menunaikan hajat dan permintaan.
  7. Menyinari zahir dan batin.
  8. Kejayaan dari negeri kebinasaan.
  9. Memasuki negeri yang kekal abadi.
  10. Ucapan selamat dari Allah.”

Dan telah berkata as-Syeikh al-Hadhrami Radhiyallahu Anhu :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam satu tangga, tempat naik, dan jalan kepada Allah Taala sekiranya tiada bagi Tholib itu Syeikh yang Mursyid.”

Dan telah berkata anak muridnya al-Wali al-Kamil Sayyidi Ahmad Zuruq al-Maliki Radhiyallahu Anhu tuan al-Qowa-idush Shufiah :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam mengangkat semangat orang yang sedang berhadap jika adalah orang itu pada maqam yang terumbang-ambing kerana bahawasanya menyebut selawat itu Nur dan Hidayah.”

Dan telah berkata al-Allamah al-Kamil al-Wali al-Washil as-Syeikh as-Sunusi Radhiyallahu Anhu :

Sesiapa tiada Syeikh yang Mursyid maka memperbanyaklah oleh dia daripada selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam. Maka sesungguhnya selawat itu menyampaikan kepada pembukaan yang nyata.”

Dan telah berkata Syeikhul Islam al-Hafidz Ibnu Hajar :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam membuka kimia kejayaan akan beberapa pintu yang tidak boleh dibuka oleh yang lainnya.”

Dan terdapat didalam Bughyatus Saalik bagi Imam as-Saahili Radhiyallahu Anhu :

Bahawa diantara sebesar-besar hasil dan sebaik-baik faedah yang diusahakan dengan selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam
ialah tercetak gambar (wajah) Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam pada diri seseorang itu akan sebagai cetakan yang lekat yang berakar umbi. Dan untuk demikian itu akan menghasilkan – dengan syarat mengekali atas berselawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam
dengan tujuan yang ikhlas serta mengikut syarat-syarat, adab-adab dan memahami makna-makna hingga tetaplah pada seseorang itu di dalam batinnya akan sebagai tetap yang benar lagi suci – cantuman nafas orang yang berselawat dengan nafas Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan bermesra-mesra diantara keduanya pada tempat yang dekat dan suci akan sebagai mesra yang dengan sekira-kira tidak dapat dibezakan lagi
. Maka seseorang itu beserta sesiapa yang disayanginya.”

Cukuplah setakat ini kami jernihkan segala kekeruhan yang ada yang kami pindahkan daripada perkataan orang-orang yang baik-baik. Maka sesungguhnya tiada kemampuan atas hendak menceritakan kesemua keterangan mengenai perkara ini.

Dan telah memindah sekelompok orang-orang yang Muhaqqiq daripada Jumhur Arifin yang Muta-akkhirin Radhiyallahu Anhum :

Bahawa ibu selawat dan puncanya dan ruhnya dan rahsianya, selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah dan masyhur diantara manusia dengan Selawat al-Fatih. Dan mengisyaratkan kepadanya di sisi pemimpin al-Arifin dengan pembukaan Hakikat Muhammadiyyah. Dan orang yang pertama menimbulkannya ialah al-Qutbil al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ pada basmalah di dalam 2000 majlis, Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu. Maka sesungguhnya telah bertawajjuh olehnya kepada Allah selama 40 tahun memohon bahawa diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat. Maka datanglah Malaikat dengan cebisan kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih. Dan telah berkata olehnya Radhiyallahu Anhu : Sesiapa yang membacanya sekali seumur hidup padahal memasuki ia akan neraka maka peganglah tangan aku di hadapan Allah.”

Dan telah berkata pada Selawat Fatih oleh Umbi Kasturi dan Bulan Purnama al-Qutbil Maktum wal-Khatmil Muhammadiyyil Maklum Sayyidi Ahmad At-Tijani al-Hasani Radhiyallahu Anhu Wa Ardhohu Wa ‘Anna Bihi, memindah dari Sayyidil Wujud Shollallahu Alaihi Wasallam :

Sesungguhnya khasiat Selawat Fatih Lima Ughliq perkara yang bangsa Ketuhanan yang tidak ada jalan untuk diterima akal. Maka jika engkau andaikan ada 100 000 umat, pada setiap umat ada 100 000 kabilah, pada setiap kabilah ada 100 000 lelaki, hidup setiap seorang daripada mereka 100 000 tahun menyebut setiap seorang daripada mereka setiap hari 100 000 selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam daripada selawat yang lain, dan dihimpun pahala mereka kesemuanya pada selawat yang tersebut itu, tidaklah dapat menandingi sekelian pahala itu dengan satu pahala daripada Selawat Fatih.”

Maka jangan peduli pembohongan orang yang suka berbohong serta suka mencari keburukan pada Selawat Fatih. Maka sesungguhnya kelebihan itu di tangan Allah. Memberi olehNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala satu kelebihan yang keluar dari ruangan Qiyas. Dan cukuplah kataNya Subhanahu Wa Taala :

4
ß,è=øƒs†ur
$tB
Ÿw
tbqßJn=÷ès?
ÇÑÈ

8.; dan ia menjadikan apa Yang kamu tidak mengetahuinya.

Dan semoga Allah mengganjari daripada kita penulis tulisan ini (Sayyidish-Sholawat), ar-Rabbani al-Allamah al-Muhaqqiq keturunan Syarif As-Sayyid Kiyai Fauzan al-Jawa at-Tijani al-Muntahi yang dinasabkan kepada Sunan Ampel Radhiyallahu Anhu dan kepada Maulana Syahid Karbalak Husain Alaihis Salam. Maka sangat baik dan bermanfaat dan terang maksud pada mensyarahkan Selawat al-Yaqutah yang tersebut.

Meminta kepada Allah dengan kehormatan kunci Hadrah Kemulian dan Kemurahan
Sayyidina Muhammad yang merupakan pasak dan punca setiap yang ada bahawa membuka bagi kita dan sahabat-sahabat kita Futuh Selawat Fatih. Dan melempar akan kita pada martabat Selawat Fatih yang Batin dan martabatnya yang Batinul Batin iaitulah pembukaan Ismul A’azhom yang khas yang tersimpan pada Ismul A’azhom itu kehebatan nama Allah yang Agung lagi Diagungkan lagi yang Lebih Agung dan NabiNya yang Terpilih dan Terlebih Mulia.

Dan telah berselawat oleh Allah atas Sayyidina Muhammad Al-Fatih Lima Ughliq al-Khatim dan atas Keluarganya sesuai dengan martabat dan tingkatannya yang agung. Telah menulis muqaddimah kitab ini oleh Penjenayah yang Menuntun Ekor as-Syeikh at-Tijani, Ahmad Al-Hadi al-Hasani al-Maghribi yang menetap di Jitra, Kedah Darulaman pada Romadhon yang Mu’azzhom 1430H.

Penulis Bersama Syarif Ahmad Al-Hadi

Penulis Bersama Syarif Ahmad Al-Hadi


Selawat Fatih

September 4, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam dipanjatkan atas junjungan besar Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga keatas sahabat-sahabat baginda dan ahli keluarga baginda.

Bersempena hari yang mulia lagi berkat di sisi orang Islam ini maka ingin sekali saya mengambil kesempatan untuk menyatakan sedikit kelebihan berselawat. Tambahan pula kita amat-amat dianjurkan supaya memperbanyakkan selawat pada hari jumaat ini. Sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam :

اكْثَرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ في كُلِّ يَوْمِ جُمْعَةٍ فَاِنَّ صَلاَةَ اُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمْعَةٍ فَمَن كَانَ اَكْثَرَهُم عَلَيَّ صَلاَةً كَانَ اَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً. – رواه البيهقي

“فربايقله أوليه كامو أتسكو درفد صلوات فد هاري جمعة. مك سسوغضوهث صلوات أمتكو دتاثغكن كفدكو تيف٢ هاري جمعة. مك برغسياف يغ فاليغ باثق برصلوات أتسكو مك دياله يغ فاليغ همفير تمفتث دغنكو. – رواية البيهقي

Perbanyaklah oleh kamu atasku daripada selawat pada hari jumaat. Maka sesungguhnya selawat umatku ditayangkan kepadaku tiap-tiap hari jumaat. Maka barangsiapa yang paling banyak berselawat atasku maka dialah yang paling hampir tempatnya denganku.”

Di dalam risalah ini akan saya nyatakan tentang kelebihan Selawat Fatih yang saya kutip daripada kita Afdhalush-Sholah karangan Yusuf bin Ismail An-Nabhani. Dan In-sya-Allah selepas ini saya akan sambung lagi risalah-risalah ringkas berkaitan selawat.

Lafaz selawat :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah keagungan (sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami iaitu Sayyidina Muhammad. Pembuka bagi sesuatu yang di kunci. Dan penutup martabat hamba Allah yang telah dahulu. Lagi penolong kebenaran dengan kebenaran (dengan pertolongan Allah). Dan pemberi petunjuk kepada jalanMu yang lurus. Dan atas keluarganya yang sesuai dengan martabatnya (di dunia) dan martabatnya yang agung (di akhirat).”

Kelebihannya :

1. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.

2. Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.

3. Sesiapa mengekali atas Selawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.

4. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,1)di baca surah al-Qadr, 2)di baca al-Zalzalah, 3)di baca al-Kafirun, 4)di baca Ma-‘uzatain. Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.

5. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith, Muntahi

6. Telah disebut oleh kebanyakan Arifin bagi selawat ini terdapat banyak asror dan ajaa-ib.

7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah.

Sekian saja untuk kali ini…In-Sya-Allah saya akan menulis risalah yang lain berkaitan selawat pada Jumaat depan. Diharap saudara/saudari dapat mengambil manfaat dengan risalah yang terlalu ringkas ini. Sebarang pertanyaan sila email saya di qolis03@hotmail.com.

Wa-shollallahu ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.