January 10, 2010

Untuk makluman pelawat2 yg budiman..Blog saya telah berpindah ke http://www.alfaatihwalkhaatim.blogspot.com

yasin

Sila Klik Di Sini Untuk Mendapatkan Kaifiat Membaca Yasin

Doa Naik Kenderaan Darat

January 4, 2010

دعاء نإيق كندرأن دارت

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

1) سُبْحَـٰنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـٰذَا وَمَا كُنَّا لَهُو مُقْرِنِينَ

13. Maha suci Tuhan Yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang Kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya –

2) بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الْأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ, وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ.

Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatupun serta namaNya samada di bumi atau di langit, dan Dialah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

3) وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ. 3 كالي

Dan tiada upaya (untuk mengelak daripada maksiat) dan tiada kekuatan (untuk melakukan ibadat) melainkan dengan (pertolongan) Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.


Buat saudara-saudari sekelian…saya memohon jutaan kemaafan kerana terpaksa menangguhkan sementara posting terbaru blog saya di sebabkan masalah kesihatan yang dialami…insyaallah saya akan sambung semula bila saya sihat nanti…jazakallah

Kelebihan Selawat 2

September 10, 2009

Risalah kali ini adalah muqaddimah yang ditulis oleh Sayyidi As-Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Al-Maghribi di dalam kitab Sayyidush Sholawat yang saya naqalkan dan terjemahkan ke bahasa Melayu untuk manfaat kita bersama.

بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Segala puji bagi Allah yang membuka daripada kunhil ghoib akan tampalan kaa-inaat. Dan menjadikan asal kunhi itu dan timbulnya akan Nur Hakikat Sayyidina Muhammad. Maka adalah Nur Hakikat Sayyidina Muhammad itu asal Maujudaat. Maka mengada daripada Maujudaat dengan KekuatanNya yang bangsa Qudsi dan KalamNya yang bangsa Azali, fitrah semula jadi anak Adam. Dan menjadikan rangka fitrah anak Adam rupa alam dan mengajarkan anak Adam akan Asma’ sekeliannya. Dan menjadikan anak Adam daripada sekelian ciptaanNya sebagai rumusanNya dan pilihanNya. Maka bagiNya pujian bahawa telah menjadikan akan Nabi yang terpilih sebagai salinan asal yang sempurna lagi agung bagi semata-mata tiada dan ada. Dan telah membuka atas kedua tangan Rasulullah itu khazanah-khazanah yang kamilah bagi kemuliaan dan kemurahan.

Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang satu pada zatNya, yang satu pada Asma’Nya dan SifatNya. Dan aku bersaksi bahawa Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam hambaNya dan utusanNya yang dimuliakan dan kekasihNya yang diagungkan dan NurNya yang Mutholsam dan jalanNya yang sempurna yang lurus. Telah berselawatlah oleh Allah atasnya dan atas keluarganya yang suci lagi terpilih dan pencinta Rasulullah dari golongan yang baik-baik dan begitu juga telah sejahteralah dengan sebenar-benar sejahtera.

Dan selepas itu, maka ketahuilah wahai penggemar pada hendak sampai kepada hadrat Tuan bagi segala Tuan bahawa pintu hadrat itu satu jua, iaitu kasih akan Nabi yang suka bertaubat Shollallahu Alaihi Wasallam Wa Jumlatil Ali Wal Ashhab.

Telah berkata Hujjatul Islam Mujaddidul Millah As-Syeikh Abd Wahhab As-Sya’rani As-Syafie Al-Alawiy Radhiyallahu Anhu dalam Kitab Lawaqi-‘ul Anwar al-Qudsiyyah fil ‘Uhuudil Muhammadiyah :

Ketahui wahai saudaraku bahawa jalan untuk sampai ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala daripada jalan berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam adalah sedekat-dekat jalan kepada Allah.”

Dan telah berkata olehnya lagi Radhiyallahu Anhu pada tempat yang lain.

Maka jika membanyak oleh engkau daripada berselawat dan bersalam atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam boleh jadi engkau sampai kepada maqam melihat Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam. Dan iaitulah cara yang dibawa oleh as-Syeikh Nuruddin as-Syuuni dan Syeikh Ahmad az-Zawawi dan as-Syeikh Muhammad bin Daud al-Manzalaawi dan satu kelompok daripada syeikh-syeikh sezaman. Maka berkekalanlah setiap daripada mereka berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan membersih oleh mereka daripada segala dosa(yakni berselawat) sehingga berhimpun bersama Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam secara Yaqozhoh pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dan sesiapa yang tidak berhasil baginya akan pertemuan ini (berhimpun bersama Rasulullah) maka adalah dia hingga sekarang ini (masa tidak bertemu lagi) tidak memperbanyakkan membaca selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam akan sebagai banyak yang dituntut bagi menghasilkan baginya maqam ini.”

Dan telah berkata Ibnu Farhun al-Qurthubi al-Maliki Radhiyallahu Anhu :

Sesungguhnya pada selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam ada 10 karomah :-

  1. Yang terbesar dapat selawat daripada Raja Yang Maha Gagah.
  2. Mendapat syafaat Sayyidina Muhammad.
  3. Mengikut sunnah Malaikat.
  4. Menyalahi orang-orang Munafik dan Kuffar.
  5. Memadamkan kesalahan dan dosa.
  6. Membantu menunaikan hajat dan permintaan.
  7. Menyinari zahir dan batin.
  8. Kejayaan dari negeri kebinasaan.
  9. Memasuki negeri yang kekal abadi.
  10. Ucapan selamat dari Allah.”

Dan telah berkata as-Syeikh al-Hadhrami Radhiyallahu Anhu :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam satu tangga, tempat naik, dan jalan kepada Allah Taala sekiranya tiada bagi Tholib itu Syeikh yang Mursyid.”

Dan telah berkata anak muridnya al-Wali al-Kamil Sayyidi Ahmad Zuruq al-Maliki Radhiyallahu Anhu tuan al-Qowa-idush Shufiah :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam mengangkat semangat orang yang sedang berhadap jika adalah orang itu pada maqam yang terumbang-ambing kerana bahawasanya menyebut selawat itu Nur dan Hidayah.”

Dan telah berkata al-Allamah al-Kamil al-Wali al-Washil as-Syeikh as-Sunusi Radhiyallahu Anhu :

Sesiapa tiada Syeikh yang Mursyid maka memperbanyaklah oleh dia daripada selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam. Maka sesungguhnya selawat itu menyampaikan kepada pembukaan yang nyata.”

Dan telah berkata Syeikhul Islam al-Hafidz Ibnu Hajar :

Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam membuka kimia kejayaan akan beberapa pintu yang tidak boleh dibuka oleh yang lainnya.”

Dan terdapat didalam Bughyatus Saalik bagi Imam as-Saahili Radhiyallahu Anhu :

Bahawa diantara sebesar-besar hasil dan sebaik-baik faedah yang diusahakan dengan selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam
ialah tercetak gambar (wajah) Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam pada diri seseorang itu akan sebagai cetakan yang lekat yang berakar umbi. Dan untuk demikian itu akan menghasilkan – dengan syarat mengekali atas berselawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam
dengan tujuan yang ikhlas serta mengikut syarat-syarat, adab-adab dan memahami makna-makna hingga tetaplah pada seseorang itu di dalam batinnya akan sebagai tetap yang benar lagi suci – cantuman nafas orang yang berselawat dengan nafas Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan bermesra-mesra diantara keduanya pada tempat yang dekat dan suci akan sebagai mesra yang dengan sekira-kira tidak dapat dibezakan lagi
. Maka seseorang itu beserta sesiapa yang disayanginya.”

Cukuplah setakat ini kami jernihkan segala kekeruhan yang ada yang kami pindahkan daripada perkataan orang-orang yang baik-baik. Maka sesungguhnya tiada kemampuan atas hendak menceritakan kesemua keterangan mengenai perkara ini.

Dan telah memindah sekelompok orang-orang yang Muhaqqiq daripada Jumhur Arifin yang Muta-akkhirin Radhiyallahu Anhum :

Bahawa ibu selawat dan puncanya dan ruhnya dan rahsianya, selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah dan masyhur diantara manusia dengan Selawat al-Fatih. Dan mengisyaratkan kepadanya di sisi pemimpin al-Arifin dengan pembukaan Hakikat Muhammadiyyah. Dan orang yang pertama menimbulkannya ialah al-Qutbil al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ pada basmalah di dalam 2000 majlis, Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu. Maka sesungguhnya telah bertawajjuh olehnya kepada Allah selama 40 tahun memohon bahawa diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat. Maka datanglah Malaikat dengan cebisan kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih. Dan telah berkata olehnya Radhiyallahu Anhu : Sesiapa yang membacanya sekali seumur hidup padahal memasuki ia akan neraka maka peganglah tangan aku di hadapan Allah.”

Dan telah berkata pada Selawat Fatih oleh Umbi Kasturi dan Bulan Purnama al-Qutbil Maktum wal-Khatmil Muhammadiyyil Maklum Sayyidi Ahmad At-Tijani al-Hasani Radhiyallahu Anhu Wa Ardhohu Wa ‘Anna Bihi, memindah dari Sayyidil Wujud Shollallahu Alaihi Wasallam :

Sesungguhnya khasiat Selawat Fatih Lima Ughliq perkara yang bangsa Ketuhanan yang tidak ada jalan untuk diterima akal. Maka jika engkau andaikan ada 100 000 umat, pada setiap umat ada 100 000 kabilah, pada setiap kabilah ada 100 000 lelaki, hidup setiap seorang daripada mereka 100 000 tahun menyebut setiap seorang daripada mereka setiap hari 100 000 selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam daripada selawat yang lain, dan dihimpun pahala mereka kesemuanya pada selawat yang tersebut itu, tidaklah dapat menandingi sekelian pahala itu dengan satu pahala daripada Selawat Fatih.”

Maka jangan peduli pembohongan orang yang suka berbohong serta suka mencari keburukan pada Selawat Fatih. Maka sesungguhnya kelebihan itu di tangan Allah. Memberi olehNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala satu kelebihan yang keluar dari ruangan Qiyas. Dan cukuplah kataNya Subhanahu Wa Taala :

4
ß,è=øƒs†ur
$tB
Ÿw
tbqßJn=÷ès?
ÇÑÈ

8.; dan ia menjadikan apa Yang kamu tidak mengetahuinya.

Dan semoga Allah mengganjari daripada kita penulis tulisan ini (Sayyidish-Sholawat), ar-Rabbani al-Allamah al-Muhaqqiq keturunan Syarif As-Sayyid Kiyai Fauzan al-Jawa at-Tijani al-Muntahi yang dinasabkan kepada Sunan Ampel Radhiyallahu Anhu dan kepada Maulana Syahid Karbalak Husain Alaihis Salam. Maka sangat baik dan bermanfaat dan terang maksud pada mensyarahkan Selawat al-Yaqutah yang tersebut.

Meminta kepada Allah dengan kehormatan kunci Hadrah Kemulian dan Kemurahan
Sayyidina Muhammad yang merupakan pasak dan punca setiap yang ada bahawa membuka bagi kita dan sahabat-sahabat kita Futuh Selawat Fatih. Dan melempar akan kita pada martabat Selawat Fatih yang Batin dan martabatnya yang Batinul Batin iaitulah pembukaan Ismul A’azhom yang khas yang tersimpan pada Ismul A’azhom itu kehebatan nama Allah yang Agung lagi Diagungkan lagi yang Lebih Agung dan NabiNya yang Terpilih dan Terlebih Mulia.

Dan telah berselawat oleh Allah atas Sayyidina Muhammad Al-Fatih Lima Ughliq al-Khatim dan atas Keluarganya sesuai dengan martabat dan tingkatannya yang agung. Telah menulis muqaddimah kitab ini oleh Penjenayah yang Menuntun Ekor as-Syeikh at-Tijani, Ahmad Al-Hadi al-Hasani al-Maghribi yang menetap di Jitra, Kedah Darulaman pada Romadhon yang Mu’azzhom 1430H.

Penulis Bersama Syarif Ahmad Al-Hadi

Penulis Bersama Syarif Ahmad Al-Hadi


 

Sara Bokker, dahulunya adalah seorang aktres, model, pelatih fitness dan seorang aktivis. Kini beliau adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasas Global Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery.

 

Sebelum memeluk Islam, beliau juga seperti gadis-gadis lain di Barat yang berpakaian mendedahkan aurat, hidup bebas walaupun sering mengalami konflik jiwa. Setelah disapa hidayah dan memeluk Islam, beliau terus berubah sehingga tidak berkesanggupan lagi menanggalkan pakaian sempurna yang menutup aurat. Kehidupannya masa lalu adalah kehidupan penuh hina dan keaiban. Cahaya Islam yang menyelebungi hidupnya kini menyebabkan beliau benar-benar kenal diri, kenal Penciptanya dan tahu batasan-batasan dalam hidup seperti yang digariskan dalam Islam untuk dipatuhi.

 

Lebih jauh dari itu, beliau sendiri pula yang turut berjuang dalam hidup untuk menyedarkan para wanita lain agar berpakaian menutup aurat, memerangi dakyah jahat musuh-musuh Islam dalam hal berpakaian terhadap wanita, tingkah laku sebenar kaum wanita yang perlu dijaga selalu supaya tidak diperbodohkan sebarang pihak agar beroleh kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

 

Ikutilah pengakuan ikhlas beliau sendiri seperti yang disiarkan dalam web www.marchforjustice.com.

 

Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lainnya dan terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai selatan Miami, di sebuah tempat popular bagi pencari kehidupan glamour.

 

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang selalu dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya memerhatikan penampilan fizikal dan daya tarikanku, mengukur nilai reputasiku dan banyaknya perhatian orang lain padaku.

 

Aku berolahraga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut dan menjadi pengunjung setia pantai yang suka mempamerkan tubuh serta Berjaya mecapai taraf kehidupan yang penuh bergaya dan berkelas.

 

Tahun-tahun yang lalu kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tingginya aku menggunakan daya tarikan kewanitaanku. Ketika itu, aku sesungguhnya menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Aku sesungguhnya telah menjadi tawanan kerana kehendakku sendiri.

 

Di celah-celah kekosongan antara kepuasan diri dan gaya hidup makin melebar maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku mengambil arak dan pesta-pesta, dengan mengikuti meditasi, menjadi aktivis, dan belajar kepercayaan-kepercayaan alternatif dengan tujuan agar celah-celah kekosonganku itu terisi dengan berbagai aktiviti.

 

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu hanya seperti ubat pelali sahaja yang sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.

 

Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas kejadian serangan berterusan pada Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam dan adanya pengisytiharan negatif mengenai Aktivis Salib Baru, aku terpanggil untuk mulai memperhatikan suatu ajaran bernama Islam.

 

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti khemah, tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas.

 

Sebagai aktivis pembebasan wanita dan sebagai orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pandang bulu.

 

Kemudian aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.

 

Sekarang, kegiatan harianku sudah sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara berpilih, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.

 

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya makna semua yang dicipta Allah adalah setaraf. Tetapi yang sangat penting aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dalam penciptaan.

 

Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran dan kemudian minatku terbangkit lebih dalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan penciptaan itu sendiri.

 

Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.

 

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai Muslim yang memberi manfaat.

 

Aku membeli sebuah gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian Muslimah dan dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.

 

Walaupun masyarakat, wajah dan mall semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya aku berasa suatu kedamaian yang sangat berlainan berbanding dahulu.

 

Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar bebas sebebas-bebasnya. Sangat menyenangkan kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.

 

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.

 

Dari semua tempat itu, aku menemui Islamku tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai pusat skandal di bumi, bagaimanapun membuat semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.

 

Walaupun bahagia dengan Hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai Niqab (penutup muka), kerana melihat ramai Muslimah yang mengenakannya. Aku bertanya kepada suamiku yang juga seorang Muslim, yang bernikah denganku setelah aku menjadi Muslimah, apakah aku boleh mengenakan Niqab atau cukup dengan Hijabku yang sekarang yang kukenakan?

 

Dengan selamba suamiku mengatakan bahawa dia percaya bahawa Hijab adalah sebuah kewajipan, namun tidak dengan Niqab. Ketika itu, Hijabku terdiri daripada penutup kepala yang menutupi seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar yang disebut sebagai Abaya yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.

 

Satu setengah tahun berlalu, aku mengatakan kepada suamiku bahawa aku ingin mengenakan Niqab. Alasanku kali ini bahawa aku berasa lebih menyenangkan
Allah Yang Maha Pencipta, dan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup.

 

Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli Isdaal, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan Niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

 

Tidak lama media mulai memberitakan tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang Hijab, apalagi Niqab, yang bagi orang lain tampak sebagai bentuk yang sangat kejam terhadap wanita, juga dianggap gangguan dalam pergaulan. Baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai tanda-tanda kemunduran.

 

Aku menganggap kemunafikan besar sedang berlaku apabila beberapa pemerintah Barat dan juga kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak-hak wanita. Seketika beberapa pemerintah negara lainnya memaksa penggunaan peraturan berpakaian yang tertentu untuk wanita.

 

Sekalipun begitu, Pejuang Kebebasan melihat sisi lainnya ketika wanita kehilangan hak-haknya, tidak dapat bekerja, belajar, hanya kerana memilih untuk menggunakan haknya untuk mengenakan Niqab atau Hijab.

 

Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan Hijab atau Niqab untuk keluar bekerja dan mendapat pendidikan di sekolah atau universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morokko dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.

 

Ketika ini, aku masih tetap menjadi aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis wanita Muslim yang menyeru para Muslimah untuk mengambil tanggung jawab mereka memberi dokongan semampunya kepada suami agar menjadi Muslim yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi Muslim yang jujur dan bertanggung jawab sehingga mungkin nanti dapat menjadi cahaya untuk kemanusiaan.

 

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan Niqab atau Hijab demi menyenangkan Yang Maha Pencipta, apapun yang kita pilih.

 

Juga penting, untuk membahagi pengalaman memakai Niqab atau Hijab kepada rakan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakan Niqab atau Hijab bagi kita dan alasan-alasan kita sehingga dengan penuh cinta, kita memeluknya.

 

Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan Niqab adalah muallaf Barat, sebahagian dari mereka bahkan belum berkahwin. Yang lain mengenakan Niqab
tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.

 

Apa yang umumnya kita miliki adalah bahawa semua itu adalah pilihan peribadi setiap orang atau pilihan masing-masing, yang tidak satupun dari kita yang ingin untuk menyerahnya.

 

Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya berpakaian minima sehinggalah tanpa pakaian langsung secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi dimanapun di dunia ini.

 

Sebagai seorang bekas non-Muslim, aku tetap menuntu hak-hak wanita yang sama-sama mengetahui mengenai Hijab, kebaikan-kebaikannya dan kedamaian serta kebahagian yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi kepadaku.

 

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang sesungguhnya membebaskanku dari kepercayaan-kepercayaanku dan sebagai manusia biasa.

 

Tiada apa lagi yang lebih menggembirakanku kerana telah menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku dan menikmati hidup di antara teman-teman sesama manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu adalah alasanku untuk memilih mengenakan Niqab dan bersedia mati membela hakku yang tak mungkin dicabut untuk mengenakannya.

 

Hari ini, Niqab adalah simbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.

 

Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai Hijab, aku boleh berkata, “Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri…”

 

Kepada
penguasa peradaban yang rasuah dan sentiasa didalam keadaan rugi, juga kepada para aktivis palsu, aku mahu berkata, “Teruskanlah…”

Selawat Fatih

September 4, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Taala, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam dipanjatkan atas junjungan besar Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga keatas sahabat-sahabat baginda dan ahli keluarga baginda.

Bersempena hari yang mulia lagi berkat di sisi orang Islam ini maka ingin sekali saya mengambil kesempatan untuk menyatakan sedikit kelebihan berselawat. Tambahan pula kita amat-amat dianjurkan supaya memperbanyakkan selawat pada hari jumaat ini. Sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam :

اكْثَرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ في كُلِّ يَوْمِ جُمْعَةٍ فَاِنَّ صَلاَةَ اُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمْعَةٍ فَمَن كَانَ اَكْثَرَهُم عَلَيَّ صَلاَةً كَانَ اَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً. – رواه البيهقي

“فربايقله أوليه كامو أتسكو درفد صلوات فد هاري جمعة. مك سسوغضوهث صلوات أمتكو دتاثغكن كفدكو تيف٢ هاري جمعة. مك برغسياف يغ فاليغ باثق برصلوات أتسكو مك دياله يغ فاليغ همفير تمفتث دغنكو. – رواية البيهقي

Perbanyaklah oleh kamu atasku daripada selawat pada hari jumaat. Maka sesungguhnya selawat umatku ditayangkan kepadaku tiap-tiap hari jumaat. Maka barangsiapa yang paling banyak berselawat atasku maka dialah yang paling hampir tempatnya denganku.”

Di dalam risalah ini akan saya nyatakan tentang kelebihan Selawat Fatih yang saya kutip daripada kita Afdhalush-Sholah karangan Yusuf bin Ismail An-Nabhani. Dan In-sya-Allah selepas ini saya akan sambung lagi risalah-risalah ringkas berkaitan selawat.

Lafaz selawat :

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Ya Allah Ya Tuhanku berikanlah keagungan (sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami iaitu Sayyidina Muhammad. Pembuka bagi sesuatu yang di kunci. Dan penutup martabat hamba Allah yang telah dahulu. Lagi penolong kebenaran dengan kebenaran (dengan pertolongan Allah). Dan pemberi petunjuk kepada jalanMu yang lurus. Dan atas keluarganya yang sesuai dengan martabatnya (di dunia) dan martabatnya yang agung (di akhirat).”

Kelebihannya :

1. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akan dijilat api neraka.

2. Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.

3. Sesiapa mengekali atas Selawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.

4. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam. Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,1)di baca surah al-Qadr, 2)di baca al-Zalzalah, 3)di baca al-Kafirun, 4)di baca Ma-‘uzatain. Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.

5. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith, Muntahi

6. Telah disebut oleh kebanyakan Arifin bagi selawat ini terdapat banyak asror dan ajaa-ib.

7. Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah.

Sekian saja untuk kali ini…In-Sya-Allah saya akan menulis risalah yang lain berkaitan selawat pada Jumaat depan. Diharap saudara/saudari dapat mengambil manfaat dengan risalah yang terlalu ringkas ini. Sebarang pertanyaan sila email saya di qolis03@hotmail.com.

Wa-shollallahu ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa shohbihi wa sallam.

Artikel Ini dipetik daripada Akhbar Siasah – Rencana

Perempuan pada dasarnya memiliki fizikal yang lemah dan lembut, namun ia memiliki perasaan dan naluri yang kuat yang diciptakan Allah Subhanahu Wa Taala untuk memikul peranan dalam membawa manusia kearah kesempurnaan.

 

Allah Subnahu Wa Taala
meciptakan perempuan yang merupakan manifestasi keindahan Ilahi yang juga menjadi tempat bagi kaum lelaki memperoleh ketenangan dan ketenteraman dalam rangka menghiasi rumah dan keluarga dengan pancaran kasih sayang dan kelemah lembutannya. Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah berkata : Perempuan adalah bagaikan sekuntum bunga yang menebarkan keharuman.

 

Berdasarkan kenyataan Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah ini, perempuan adalah seperti bunga yang harus dijaga dan dipelihara agar tetap segar dan bugar sehingga lembaga keluarga akan terhiasi oleh keindahannya dan tersirami oleh kesegarannya.

 

Oleh kerana nilai dan kedudukan perempuan yang diberikan oleh Islam, maka banyak sekali perintah yang menekankan pemuliaan, penghormatan dan pengcintaan kepada perempuan.

 

Agama Islam memberikan penghormatan kepada perempuan dari kedudukannya sebagai perempuan. Dalam masalah ini, Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menukil dari Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wasallam mengatakan :

Seseorang tidak akan menghormati kaum perempuan kecuali jika orang tersebut berjiwa besar dan mulia. Dan seseorang tidak akan merendahkan kaum perempuan kecuali jika orang itu berjiwa rendah dan hina.”

 

Berkenaan dengan ibu yang tidak lain adalah seorang perempuan, beliau berkata :

Betapapun seorang anak berbakti kepada ibunya, ia tidak mampu menebus satu hari saja dari masa kehamilannya.”

 

Di tengah masyarakat Arab sebelum Islam, kaum lelaki sama sekali tidak menghargai kaum perempuan. Jika isteri melahirkan seorang anak perempuan maka si suami akan menguburkannya hidup-hidup.

 

Akan tetapi, setelah kedatangan Islam dan dengan perjuangan Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam terjadilah perubahan terbesar berkenaan kedudukan kaum perempuan dan muncullah pandangan baru di tengah masyarakat yang sangat menghormati dan memuliakan perempuan.

 

Rasulullahi Shollahhu Alaihi Wasallam sendiri selalu memberikan contoh yang nyata dengan perbuatan baginda, samada terhadap isteri-isteri baginda, terutamanya Ummul Mukminin Sayyidah Khadijah terlebih lagi puteri baginda
Sayyidah Fatimah Az-Zahrah.

 

Semua orang mengetahui bahawa Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam sangat mencintai dan menghormati puteri baginda ini.

 

Setiap kali baginda tengah duduk di dalam rumah baginda lalu Sayyidah Fatimah Az-Zahrah datang, maka baginda akan berdiri menyambut kedatangan sang puteri, memeluk dan menciumnya kemudian baginda mempersilakan Fatimah Az-Zahrah untuk duduk di tempat duduk baginda sementara baginda sendiri berpindah ke tempat duduk lain.

 

Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullahi Shollallahu Alaih Wasallam terhadap Sayyidah Fatimah Az-Zahrah begitu jugalah yang dilakukan oleh Sayyidah Fatimah kepada baginda.

 

Pada dasarnya penghormatan terhadap kedudukan perempuan dapat disaksikan dengan jelas didalam perilaku dan ucapan Ahli Bait Rasulullahi Shollahu Alaihi Wasallam. Sayyidina Ali Karromallohu Wajhah berkata :

 

Anak perempuan adalah kebaikan sedangkan anak lelaki merupakan nikmat. Kebaikan mendatangkan pahala sedangkan nikmat mendatangkan hisab.”

 

Maksudnya ialah bahawa seseorang yang mendapat nikmat akan dihisab dan diminta dipertanggung jawabkan atas nikmatnya itu.

 

Di tempat lain Sayyidina Ali Karromallohu Wajhah berkata :

 

Seseorang yang memiliki anak perempuan maka pertolongan berkat dan ampunan Allah akan meliputinya.”

 

Salah satu masalah yang menjadi perhatian para pembesar Islam ialah menghindarkan kaum perempuan dari berbagai ancaman dan gangguan jiwa dan jasmani.

 

Di masa kita saat ini, ketidakpedulian terhadap masalah ini membuat sejumlah besar perempuan menjadi korban keruntuhan moral dan penyimpangan seksual.

 

Anthony Geadenz seorang pakar sosiologi barat mengatakan bahawa gangguan seksual terhadap perempuan adalah sebuah fenomena yang lumrah di barat.

 

Menurutnya, perbuatan mengganggu terhadap perempuan sudah sedemikian parahnya di dunia barat, membuatkan kaum perempuan terutamanya mereka yang bekerja di luar rumah tidak lagi memiliki ketenangan hidup.

 

Berkenaan dengan kekerasan terhadap kaum perempuan di Amerika Syarikat, Yohan Readley wartawan perempuan Inggeris mengatakan :

 

Setiap hari sejumlah perempuan menjadi mangsa penganiyaah suami mereka atau teman-teman mereka dan tidak sedikit yang berakhir dengan kematian. Jumlah mangsa ini mengalami peningkatan setelah peristiwa 11 September. Di tengah masyarakat seperti AS mungkin akan dianggap aneh akan tetapi realiti mengatakan bahawa kaum perempuan selalu menjadi sasaran kekerasan, diseret kepada kerosakan moral dan dipaksa untuk disalahgunakan dengan berbagai cara.”

 

Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menyentuh beberapa perkara bertujuan melindungi perempuan dari berbagai gangguan jasmani dan rohani. Dalam pandangan beliau perempuan dapat ikut aktif di tengah masyarakatnya, ekonominya, politiknya, sosialnya dengan tetap mempertahankan kemuliaan dan kesuciannya dan berusaha mencegah sebab-sebab yang boleh membuatkan gangguan lelaki terhadapnya.

 

Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menasihatkan kepada kaum perempuan jika mereka hadir di tengah masyarakat dan tempat-tempat umum hendaklah mereka tetap menjaga pakaian dan penampilan mereka agar sesuai dengan syariat Islam.

 

Dengan demikian, maka dalam pergaulannya di tengah masyarakat luas ia akan dapat layanan yang baik dan terjaga dari hal-hal yang tidak diingini.

 

Sifat pemalu dan kebersihan diri adalah baik dan perlu bagi setiap orang. Akan tetapi ia lebih sesuai dan lebih tepat bagi perempuan.

 

Untuk itu kita lihat bahawa Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah dalam salah satu khutbahnya dalam kitab Nahjul Balaghah mengatakan :

 

Pahala bagi seorang pejuang yang gugur syahid di atas jalan Allah adalah tidak dapat menandingi daripada pahala seorang yang menjaga kebersihan dirinya dari dosa-dosa padahal ia memiliki kemampuan untuk menghindari dosa-dosa tersebut. Seorang manusia yang bersih adalah seorang malaikat dari malaikat-malaikat Allah Subhanahu Wa Taala.”

 

Dewasa ini banyak sekali kaum manusia di berbagai negara menghormati dan memuliakan kedudukan perempuan.

 

Nadia adalah seorang gadis sulung dari sebuah keluarga campuran Inggeris-Asia yang tengah belajar di fakulti kedoktoran. Dia memilih busana muslimah sebagai pakaian sehari-harinya dan mengatakan :

 

Sebagai seorang perempuan,saya sangat menjaga perasaan malu dan kebersihan diri. Mengenakan hijab membuatkan saya merasa diri terjaga dari berbagai ancaman yang saya mungkin hadapi di tengah masyarakat. Saya merasa bangga bahawa model kehidupan saya ialah Fatimah Az-Zahrah.”

 

Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah memandang tiga sifat : Kewibawaan, berhati-hati, dan cermat sebagai ciri-ciri penting seorang muslimah.

 

Daripada ucapan beliau ini, dapat disimpulkan bahawa dalam pergaulan di tengah masyarakat seorang perempuan wajib menjaga kewibawaan dan ketegasannya.

 

Hal ini untuk menjauhkan kejahatan lelaki-lelaki yang berpenyakit di dalam hatinya. Demikian pula Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah menegaskan bahawa perempuan harus selalu bersikap berhati-hati dan cerdas hinggakan dapat menghindarkannya dari ketamakan dan penyalah gunaan kaum lelaki dan agar masyarakat tidak memandangnya sebagai barang komoditi yang dapat dipermainkan sekehendak mereka.

 

Ciri-ciri lain seorang perempuan muslimah ialah perhitungan dan sikap cermat serta teliti sebagaimana yang telah disebut oleh Sayyidina Ali Karromallahu Wajhah.

 

Sikap seperti ini akan membuat seorang perempuan
selalu cermat dan berhati-hati dalam membelanjakan wang dan kekayaan suaminya serta menjaga kehormatan sang suami dalam masalah ini.

 

Dengan demikian jika seorang perempuan memiliki tiga sifat mulia tersebut maka ia akan dapat mengambil bahagian dalam pergaulan sosial dengan berkesan.

Nota Mengenai Martabat Tujuan Hati Dan Keyakinan Hati – Oleh Mohd Khalis b Mohd Kamal

مَرَاتِبُ الْقَصْدِ خَمْسٌ هَاجِسٌ ذَكَرُوا    #    فَخَاطِرٌ فَحَدِيثُ النَّفْسِ فَاسْتَمِعًا

يَلِـيهِ هَـمٌّ فَـعَزْمٌ كُلُّهَا رُفِعَتْ    #    سِوَى الْأَخِيرُ فَـفِيهِ الْأَخْذُ قَدْ وَقَعًا

Martabat-martabat tujuan hati/matlamat hati(قصد) ada lima :-

  1. هاجس= ragu-ragu/obsession. Perkara yang dicampak dalam hati padahal tidak kekal lama
  2. خاطر
    = khuatir/volition. Perkara yang dicampak dalam hati dan kekal
    satu ketika
  3. حديث النفسي
    = cakap-cakap hati/monolog. Perkara yang dicampak dalam hati dan kekal beberapa ketika
  4. همّ
    = angan-angan/wish. Kehendak hati akan sesuatu serta teguh samada hendak buat atau tidak
  5. عزم
    = cita-cita yang kuat/determination. Kehendak hati akan sesuatu serta muktamad dengan sesuatu itu dengan sekira-kira tentu kejap atasnya
  6. نية = tujuan. Kehendak hati akan sesuatu serta muktamad bahkan menyertai kehendak hati itu dengan perbuatannya. Ini ditambah oleh guru kepada guru kami Pak Dael.-Tuan Guru Haji Saleh Sik.

Contoh :-

  • Masuk waktu asar. Maka terlintas dalam hati kita sudah masuk waktu asar dan kita pun sama berat antara mahu sembahyang atau tidak, ataupun kita pilih mahu sembahyang tetapi dalam keadaan endah tak endah saja. Kemudian kita lupalah kata kita nak sembahyang. Ini dikatakan hajis.
  • Kemudian kita buat kerja lain, maka terlintas pula sudah masuk asar dan kita mahu sembahyang. Selepas satu ketika hilang pula. Ini dikatakan khatir.
  • Kemudian kita buat kerja lagi, maka sekali lagi terlintas. Kita pun buat kerja serta mengingatkan dalam hati bahawa sudah masuk waktu dan nak sembahyang secara berulang-ulang kali. Ini dikatakan hadis an-nafsi.
  • Kemudian kita teruskan kerja sambil menetapkan bahawa kita hendak pergi sembahyang dan hendak menghentikan kerja kita itu. Ini dikatakan hamm.
  • Seterusnya kita hentikan kerja dan berjalan ke tempat sembahyang untuk solah asar. Ini dikatakan azam.
  • Apabila berdiri di tikar sembahyang untuk solah asar serta mengangkat takbirotul ihrom tambahan pula sedar kata kita dalam keadaan sembahyang fardhu asar. Maka inilah niat.

Contoh lain :-

  • Terlintas dalam hati kita kata hendak beri zakat. Kemudian hilang kehendak kita itu. Ini hajis.
  • Terlintas lagi kata hendak beri zakat dan kekal sebentar kemudian hilang pula. Ini khatir.
  • Terlintas sekali lagi keinginan kita hendak beri zakat dan kekal lama sedikit dari yang tadi(hati kita duduk berkata-kata hendak beri zakat), kemudian hilang lagi. Ini hadis an-nafsi.
  • Kita putuskan kata hendak beri zakat tanpa tindakan. Ini hamm.
  • Kita putuskan kata hendak beri zakat serta melakukan tindakan seperti berjalan ke tempat beri zakat atau mengambil benda zakat atau lainnya. Ini azam.
  • Kita angkat beri benda zakat kepada asnafnya serta sedar bahawa kita dalam keadaan sedang memberi zakat. Ini niat.

Kesimpulannya, niat itu tiada berhuruf atau bersuara tetapi diri mahu dan sedar akan sesuatu perbuatan. Itulah dinamakan niat. Jika berkata-berkata dalam hati sahaja aku sembahyang fardhu zohor maka itu hadis an-nafsi bukanlah niat. Jika putus hati hendak sembahyang itu pun bukan niat tetapi hamm. Jika terlintas dalam hati hendak sembahyang serta ingat beberapa ketika pun bukannya niat tapi khatir. Jika terlintas semata-mata hendak sembahyang pun bukan niat tetapi hajis.

والله أعلم بالصواب

Peringkat-peringkat keyakinan ada 4 peringkat :-

  1. وهم = salah anggap/illusion/false impression. Keyakinan kurang daripada 25% serta dalil kuat sebelah lawannya
  2. وسواس = syak/scruple. Keyakinan kita 50% percaya – 50% tidak percaya.
  3. ظن = kuat sangka/most probably. Keyakinan melebihi daripada 75% serta ada dalil yang menguatkannya
  4. يقين = pasti/definite. Keyakinan 100% serta berlaku sungguh perkara itu

Contohnya :-

  • Rakan kita memberitahu kepada kita bahawa pakaian kita tadi kena najis. Maka hati kita berasa gundah-gulana,samada ada atau tiada. Ini dikatakan was-was.
  • Kemudian kita lihat tempat di baju kita yang didakwa kena najis itu, maka tiada ‘ain najis tetapi ada baunya sahaja. Oleh itu, kita kata baju ini kena najis bahkan ia mutanajjis. Maka ini dikatakan zhon. Dalilnya ialah bau najis yang terdapat di baju. Sekiranya tiada bau najis, ‘ain, warna, dan rasa najis maka kita tidak boleh kata zhon bahkan itu hanyalah was-was yang didatangkan oleh syaiton. Apabila kita zhon kata pakaian kita kena najis, maka kita waham kata pakaian kita bersih.
  • Adapun rakan kita yang memberitahu kita bahawa dia melihat pakaian kita terkena najis itu sewaktu kucing kencing ke atas baju kita itu, maka itu dikatakan yaqin. Yakni melihat sendiri kejadian itu berlaku bukanlah mengetahui kejadian itu dengan dalil semata, ataupun bukanlah mendengar dakwa orang lain, bahkan ia sendiri yang mengalaminya.

Kesimpulannya, tidak soh zhon melainkan dengan dalil. Tidak soh yaqin melainkan nampak sungguh atau dengar sungguh atau berlaku sungguh perkara itu dihadapan kita.

Kaedah fiqh mengatakan yaqin tidak boleh dihilangkan dengan sebab ragu. Seperti kita berasa ragu pada rakaat solah maghrib adakah yang ke-2 atau yang ke-3. Maka yang ragunya yang ke-3, yang yaqinnya yang ke-2, maka ambil yang kedua.

Kaedah ini juga boleh dinamakan dengan tiap-tiap syak kembali kepada asal. Seperti asalnya kita berwudhuk, kemudian datang syak adakah masih kekal wudhuk kita atau sudah batal. Maka kembali kepada asal iaitu, masih kekal dan tidak batal.

والله سبحانه وتعالى أعلم

Filem porno sememangnya amat menjijikkan. Pelakon-pelakon filem porno juga sememangnya manusia yang penuh dengan kejijikan. Namun sesetengah pihak mungkin menyangka pelakon-pelakon filem seperti itu, khususnya yang wanita hidup bahagia dan mereka melakukannya dengan kerelaan hati.

Bagaimanapun, anggapan seperti sebenarnya amat salah. Sebaliknya, mereka sebenarnya melakukannya akibat paksaan. Mereka hidup dalam keadaan yang amat menyeksakan. Kehidupan mereka penuh dengan konflik jiwa jauh sekali merasai kebahagian dalam hidup.

Sebagai bukti, seorang bekas artis porno, SHELLEY LUBBEN di dalam webnya, www.shelleylubben.com secara jujur mengakuinya. Ikutilah pengakuan beliau seperti yang diceritakan dalam webnya dan turut dipetik oleh akhbar harian Indonesia, Tempo serta akhbar Siasah.

Catatan ini ku persembahkan kepada semua artis porno yang terkena HIV, meninggal kerana overdos memakan ubat-ubatan yang dilarang, atau meninggal dunia kerana bunuh diri.

Filem-filem porno penuh dengan adegan seks yang menampilkan seorang gadis perang yang merangsang nafsu dan mengatakan, “aku mengingimu“, sebenarnya sebuah penipuan terbesar sepanjang masa.

Percayalah pada saya kerana saya pernah mengalaminya. Saya melakukannya sepanjang hidup saya dan saya melakukannya kerana gila kuasa dan menurut nafsu gila walaupun sebenarnya saya tidak pernah menyukai seks.

Saya tidak inginkan seks. Sebenarnya saya lebih ingin menghabiskan waktu dengan Jack Daniels (jenama minuman keras) dibandingkan dengan “lawan permainan” saya di filem itu.

Benar! Tidak ada seorang pun dari kami, gadis-gadis perang ini yang menyukai pornografi. Kami membencinya. Kami benci tubuh kami dijamah oleh orang yang tidak dikenali yang sama sekali tidak memperdulikan tentang kami.

Kami benci harga diri kami dilanyak oleh tubuh mereka yang berbau dan berpeluh. Banyak yang begitu jijik sehingga kami boleh mendengar mereka muntah di bilik mandi ketika “melakukan adegan.” Yang lainya dapat dilihat di luar, merokok Marlboro Lights tidak henti-henti.

Tetapi industri pornografi mahu anda berfikir bahawa kami, artis-artisnya menyukai seks. Mereka mahu anda berfikir kami senang direndahkan oleh tindakan-tindakan ganas dan menjijikkan.

Sebenarnya, semua bintang filem porno memulai kariernya tanpa kontrak kerja yang jelas dan dipaksa oleh para produser filem untuk melakukan adegan, atau pergi tanpa dibayar.

Bekerja atau tidak usah sama sekali

Ya, kamilah yang membuat keputusan itu. Beberapa orang dari kami memerlukan wang tetapi kami telah dimanipulasi, dipaksa bahkan diancam. Beberapa orang terkena HIV sebagai akibat dari paksaan itu. Saya sendiri terjangkit Herpes, penyakit menular seksual yang tidak dapat disembuhkan.

Bintang porno yang lainnya pulang ke rumah setelah semalaman menahan sakit dan diacukan pistol ke kepalanya dan menarik picunya.

Memang boleh dikatakan kebanyakan wanita yang beralih ke industri pornografi sejak kecilnya hidup dalam keadaan yang tidak sihat (tidak membahagiakan). Memang! Banyak bintang porno yang mengakui mereka mengalami perlakuan kejam secara seksual, fizikal, verbal dan diterlantarkan oleh orang tua. Beberapa orang diperkosa oleh orang-orang yang dekat dengannya sendiri dan dianiaya oleh tetangganya.

Ketika kami masih gadis kecil, keinginan kami hanyalah bermain boneka dan bersuka ria bukanlah ditiduri oleh seorang pemuda ganas yang menyeramkan. Akhirnya, apa yang kami belajar semasa muda ialah seks membuatkan diri kami lebih berharga.

Perkosaan mengerikan yang sama kami alami ketika kami berlakon di depan kamera.

Kami adalah gadis-gadis kecil dipenuhi trauma, yang hidup dengan ubat penenang, dadah, dan alkohol, menambah lagi kesakitan kami di hadapan anda yang terus memperhambakan kami dengan kejam dan sewenang-wenangnya.

Ketika kami terus menambah trauma dan luka hati kami dengan membuat lebih banyak filem-filem porno, kami menggunakan lebih banyak lagi dadah dan alkohol. Kami hidup dalam ketakutan setiap hari akan AIDS dan penyakit menular seksual.

Setiap kali ada kes HIV di antara kami, segera kami berlumba-lumba ke klinik terdekat untuk pemeriksaan darurat. Pembuat filem porno memaksa memberikan pelanggannya fantasi seksual apapun yang mereka mahukan serta mengorbankan begitu sahaja para pemain filemnya.

Dengan kata lain, tidak ada alat kontrasepsi yang boleh digunakan. Herpes, gonorrhea, syphilis, chlamydia, dan penyakit lainnya sudah menjadi seperti kegelisahan normal yang kami hadapi sehari-hari.

Kami diperiksa setiap bulan tetapi kami tahu pemeriksaan itu bukan pencegahan.

Di samping takutkan penyakit menular seksual, banyak aktiviti seksual yang kami lakukan amatlah berbahaya. Beberapa dari kami terluka secara fizikal dan mengalami kerosakan organ tubuh bahagian dalaman.

Ketika bintang porno keluar dari tempat kerjanya, beristirehat, kami berusaha mencari hubungan lawan jenis yang normal dan sihat tetapi ‘kekasih‘ kami menjadi cemburu dan melukai kami secara fizikal.

Akibatnya, kami menikahi sutradara filem porno kami dan yang lainnya memilih hubungan sesama jenis. Benar-benar suatu ketika anak perempuan kami secara kebetulan berjalan keluar dan melihat ibunya mencium seorang wanita. Anak perempuan saya menyaksikan hal sedemikian itu!

Di siang hari kami berjalan berkeliling seperti mayat hidup dengan bir di tangan yang satu dan wiski di tangan yang satu lagi. Kami tidak peduli dengan kebersihan jadi kami biarkan rumah kami kotor atau kami mengupah pembantu untuk datang membersihkannya.

Artis porno juga bukan tukang masak yang baik. Memesan makanan sangat normal bagi kami. Akan tetapi setelah kami makan maka kami akan memuntahkannya kembali kerana bulimia yang kami hidapi.

Untuk bintang porno yang mempunyai anak, kami adalah ibu terburuk di dunia. Kami berteriak histeria dan memukul anak kami tanpa alasan. Sering kali ketika kami sedang mabuk dan tidak sedarkan diri, anak-anak kami yang berumur empat tahun itulah yang mengangkat kami dari lantai.

Ketika pelanggan kami datang untuk seks, kami mengunci mereka di dalam bilik dan menyuruh mereka diam. Saya biasanya memberi anak saya sebuah pager dan menyuruhnya menunggu di taman sehingga saya selesai.

Kebenarannya, tidak ada fantasi apapun dalam pornografi. Semuanya adalah sebuah pembohongan yang besar. Jika anda melihat dengan lebih dekat adegan-adegan dalam kehidupan seorang bintang porno, anda akan melihat sebuah filem yang industri pornografi tidak mahu anda melihatnya.

Sebenarnya, artis-artis porno mahu mengakhiri rasa malu dan trauma dari hidup kami tapi kami tidak dapat melakukannya sendiri.

Kami perlukan anda semua, para lelaki yang beriman untuk bertarung bagi mendapatkan kebebasan diri kami dan mengembalikan harga diri kami. Kami tagih anda untuk lindungi kami dengan lengan-lengan yang kuat sementara kami menangisi duka-duka kami dan perlahan-lahan dipulihkan.

Kami perlukan kalian untuk berdoa bagi kami agar Tuhan mendengar dan membentuk kembali hidup kami yang hancur lebur.

Jadi janganlah mempercayai lagi pembohongan itu. Pornografi tidak lebih dari seks palsu dan pembohongan yang difilemkan. Percayailah saya! Saya tahu kerana saya mengalaminya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.