Tak Dak Tajuk…

August 9, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah puji-pujian dan syukur saya panjatkan kepada Allah Tuhan Semesta Alam ini atas  segala nikmat yang diberi.

Ini satu lagi coretan buruk saya. Untuk kali ini saya pun tak tau nak bubuh tajuk apa. Jadi, harap pembaca-pembaca sekelian lah yang men”tajuk”kan nya…hehe.

Jadi seperti biasa saja, selepas Subuh maka perut pun memberi isyarat supaya dirinya diisi. So, saya pun meninjau-ninjau ke dapur mencari something to eat. Dah tak jumpa apa-apa yang membukakan selera saya ni, dengan tiba-tiba terlintas nak cari roti canai. Tanpa membuang masa dengan pantasnya mencapai motor dan terus ke kedai roti canai No.1 di Alor Setar(tuan kedai tak bubuh pun No.1 tu, saya yang memandai nih).

Setibanya di kedai roti canai saya pun order la “1 roti telur, 3 roti besa”. Sambil-sambil itu saya memerhatikan kelibat seseorang nih memakai baju raihan, seluar slack dan serban dengan kemas..”rasa lagu kenai tapi sapadia tah”.  Fikir punya fikir barulah teringat, ha…Ust Farhan dari Dehrang menantu kepada Allahyarham Ust Niamat. Saya pun apa lagi dengan tak malunya menegur…”Ustaz!!”. So tanpa dijangka oleh saya dia mempelawa saya makan bersama-sama beliau dan bapanya..Kata orang tua-tua “Rezeki jangan ditolak”. Saya pun apa lagi sambar ja lar…hehe

Dalam dok makan sambil sembang dengan Ust Farhan ni, banyak lah inspirasi-inspirasi yang saya dapat daripadanya. Jadi Ust Farhan ni memang terkenal dengan seorang yang pemurah, tambah-tambah bab beri ilmu. Kena la pula saya ni seorang yang dahaga ilmu selalu…bak kata pepatah saya “Timba jumpa Perigi”..haha. Justeru, ni lah hasil pertemuan saya dengan beliau yang saya kira tak sampai 1 jam pun tapi penuh ilmu, motivasi dan bermanfaat buat saya lah….

So, menurut Ust Farhan dalam menuntut ilmu agama ni kita kena tahu alat-alat dia. Kita kena ambil alat-alat dia elok-elok. Jadi alat-alat dia yang paling penting ialah bahasa arab. Kena bagi mahir. 3 tahun mesti dah boleh arab! Boleh baca, cakap dan menulis serta menterjemah bahasa Arab.

Dia kata, “saya umur 19 dah boleh arab, umur 20 tahun dah start menterjemah kitab arab”. Wah..dahsyat toi..tambah dia lagi,” Umur 20 tu saya dah habiskan pengajian dah mula mengajar, menulis kitab”. Lagi la terkejut beruk saya. Saya kata pula,”Ust, saya umur 20 baru mula mengaji”…sekarang dah 2*(mestila rahsia) bukan takat mahir berbahasa Arab baca terjemahan Arab pun sangkut-sangkut.

Jadi saya bertambah excited…dia kata lagi pada saya bahawa dia mula mengaji agama(Pondok@lebih tepatnya Pesantren coz Ust Farhan berasal dari Indonesia) umur 16 tahun. Just 4 tahun ja mengaji agama!!boleh mahir bahasa arab dan mengarang serta menterjemah kitab!! Pelik betul. Dalam otak saya pun dok pusing soalan-soalan nih.”Apa rahsia dia, macamana dia buat,betui ka nih,Ust ni orang ka hapa nih” sebab ramai kawan-kawan saya mengaji 5-10 tahun pun dok tergagap-gagap gi bahasa Arab nih. (Saya yang mengaji sikit ni lagi la teruk)…hehe

So Ust Farhan kata mudah ja sebenarnya. “Anta kena setkan dateline anta”. Set dateline! Saya pun pelik juga “dateline apanya, Ust ni sekali-kali cakap lagu motivator la pulak” tak pernah pun ustaz-ustaz atau tok-tok guru lain bagitau saya begitu. Dalam dok terpinga-pinga tu Ust Farhan habaq lah(alamak terloghat kedah la plak). Dateline tu kita punya target lah..

Jadi anta kena set dateline mesti boleh(mahir) bahasa arab dalam masa 3 tahun saja. “3 tahun saja Ust?!”. Ya, sepatutnya 1 tahun saja..Uiks koi pendek la pulak. Ust Farhan tanya saya, “Anta fikir logik ka tak mengaji setahun tapi 30 muka surat matan tak habis? Bukan takat tu saja tak reti apa! 1 tahun, 30 muka tak dan habis?”. Betul juga no…takkan lah takleh habiskan 30 muka dalam setahun. Tapi saya sendiri pun masih lagi tak habiskan 30 muka tu walaupun dah bertahun-tahun…huuhu..Otak saya pun dok memusing lagi,”katna silap aku ni”.

Oleh sebab itulah Ust Farhan kata kita kena letak dateline kita. Dalam masa setahun ni mesti habiskan kitab sekian. Dalam masa 3 tahun mesti mahir berbahasa Arab. Bila buat begitu menurut Ust Farhan barulah fokus kita tak lari kemana-mana dan kita pun lebih struggle untuk pengajian kita. Kalau tak buat lagu tu, reja ngaji ja tanpa dateline 5-6 tahun dok di pondok saja. Tanya kitab pa boleh baca, boleh apa dok di pondok? Mulalah..erkk…ermmm…yang menunjukkan bahawa kita tak pulun pun ngaji, just ngaji ja sambil lewa tak bersungguh-sungguh.” Tak ka rugi?” katanya. Saya pun angguk tanda setuju (ditambah dengan roti canai lagi mestilah sokong habis-habisan)..haha

Kemudian setelah ada dateline kita kena buat satu benda lagi pula. “Apa kebenda lagi?” Ust Farhan kata kita kena merancang la pula. Allah bagi ni(sambil menunjuk ke kepalanya) kat kita, bukan bagi saja, bukan suruh taruh ja, tunggu dan tunggu ja, biarlah Allah aturkan hidup aku nih”. Kita kenalah atur dan rancang perjalanan kita. Mula-mula nak habiskan kitab apa, lepas tu apa, kemudian nak mengaji apa pula, berapa lama nak habiskan pengajian dan lepas tu nak buat apa; mesti ada semua tu. Jangan reja mengaji ja, pi barat pi timur last-last apa tak dapat.(ni macam kena kepala saya ja). Maknanya mengaji tanpa arah tujuan tanpa haluan.

Tambah Ust Farhan lagi, sebenarnya ini semua ada dalam Islam dan amat-amat dianjurkan dalam agama kita. Cuma kita ja yang tak ambil berat. Allah pun dah letakkan dateline dan rancang hidup kita ni. “Dateline nya setiap kita akan mati, dan anta akan jadi begini-begini mengikut kehendakNYA”. Jadi mati tu dateline dan setiap yang berlaku tu perancangan Allah. Kita pun disuruh Allah supaya tetapkan dateline pada satu-satu benda dan rancang kearahnya, cumanya kita tak tahu la kita mati bila tapi mati tu tetap bagi kita.

Ya lah, betul sangat-sangat apa yang Ust Farhan katakan pada saya tu. Kenapalah selama ini saya tak terfikir sedikit pun. Tapi apa pun saya ucapkan berbanyak terima kasih kat Ust Farhan bin Hasyiri Al-Manduri dari Pondok Dehrang atas nasihat yang diberi. Saya harap anda mengambil yang baik untuk dijadikan pedoman dan yang buruk tu buatlah sempadan.

Inilah sedikit sebanyak perkongsian saya bersama Ust Farhan untuk kali ini. In Sya Allah lepas ini saya akan sambungkan lagi cerita saya bersama Ust Farhan dengan tajuk “Mengapa Saya Memilih Pondok@Pesantren Bukannya Sekolah?” dan beberapa jawapan bagi soalan maut yang saya berikan kepadanya..hehe Semoga Berjumpa Lagi.

Baarokallohu lakum Wa Iyyaya. Wassalaamu ‘alaikum warohmatullah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: