Perbahasan Mengenai Hadas & Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Berhadas

August 29, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul. Dan atas keluarganya dan sahabatnya keseluruhannya. Adapun selepas itu,

Ini adalah sedikit nukilan bagi memudah saudara-saudari dalam memahami permasalahan kita ini. Sekiranya terdapat salah dan silap mohon diperbetulkan. Menulis saya akan nukilan ini walaupun bukanlah saya ahli dan mahir dalam bidang ini, hanya gatal-gatal tangan sahaja kerana ingin berkongsi ilmu jua.

Makna hadas :-

Bahasa = sesuatu yang menghalang

Syarak = suatu perkara yang berdiri di atas anggota yang menegah daripada sah sembahyang dan perkara yang pada hukum sembahyang, sekira-kira tidak dimudahkan. – Al-Fiqhul Manhaji

Pembahagian hadas :-

1) Hadas Kecil

2) Hadas Pertengahan

3) Hadas Besar

1) Hadas Kecil = yakni sedikit perkara yang haram dengan sebab ia. Iaitulah tiada air sembahyang.

– Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas kecil :-

  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.

2) Hadas Pertengahan = yakni kurang daripada perkara yang haram dengan sebab hadas besar dan lebih daripada perkara yang haram dengan sebab hadas kecil. Iaitulah berjunub dan beranak.

– Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas pertengahan :-

  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.
  6. Membaca suatu daripada Al-Quran.
  7. Berhenti di dalam masjid.
  8. Lalu – lalang / mundar – mandir di dalam masjid.

3) Hadas Besar = yakni banyak perkara yang haram dengan sebab ia, melebihi kedua – dua hadas di atas. Iaitulah haid dan nifas.

– Perkara yang diharamkan ketika sedang berhadas besar :-

  1. Sembahyang dan perkara yang pada makna sembahyang.
  2. Tawaf.
  3. Menyentuh Al-Quran.
  4. Menanggung Al-Quran.
  5. Membaca Khutbah Jumaat.
  6. Membaca suatu daripada Al-Quran.
  7. Berhenti di dalam masjid.
  8. Lalu – lalang / mundar – mandir di dalam masjid.
  9. Wathi.

10.  Niat puasa sebelum cukup waktu berhenti darah.

11.  Mubasyarah.

12.  Di talak.

13.  Mandi wajib.

14.  Tayammum.

Soalan : Bolehkah seseorang yang sedang haid membaca Al-Quran semata-mata?

Jawapan : Haram ke atas orang yang haid membaca sesuatu daripada Al-Quran dengan sekira-kira diqasadkan bahawasanya bacaannya itu daripada Al-Quran.

Tetapi bacaan di dalam hati (monolog) atau mengisyarat oleh seorang yang bisu yang memberi faham akan Al-Quran maka tiada haram.

Termasuk juga didalam kata bukan daripada Al-Quran itu seperti memperbetulkan kesalahan, doa, mengambil berkat, dan mengajar. – Bughyah Al-Mustarsyidin

Tersebut didalam Bughyatu Tholibin muka surat 48 : Adapun jikalau tiada mengqasad akan suatu; seperti berlaku lidahnya dengan tiada qasad, atau qasad akan zikir semata-mata; tiada haram kerana bahawasanya tiada yang dinamakan Al-Quran itu melainkan dengan diqasadkan dia.

Wallahu a’alam.

Saya harap nukilan ini dapat membantu saudara-saudari memahami masalah ini.  Dan telah berselawat oleh Allah keatas penghulu kita Muhammad. Dan keatas keluarganya dan sahabatnya. Dan sejahtera juga atas mereka. Walhamdu lillahi rabbil alamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: