Aku Tinggalkan Bikini Kerana Islam

September 9, 2009

 

Sara Bokker, dahulunya adalah seorang aktres, model, pelatih fitness dan seorang aktivis. Kini beliau adalah Pengarah Komunikasi di The March for Justice, salah seorang pengasas Global Sisters Network dan Produser Shock and Awe Gallery.

 

Sebelum memeluk Islam, beliau juga seperti gadis-gadis lain di Barat yang berpakaian mendedahkan aurat, hidup bebas walaupun sering mengalami konflik jiwa. Setelah disapa hidayah dan memeluk Islam, beliau terus berubah sehingga tidak berkesanggupan lagi menanggalkan pakaian sempurna yang menutup aurat. Kehidupannya masa lalu adalah kehidupan penuh hina dan keaiban. Cahaya Islam yang menyelebungi hidupnya kini menyebabkan beliau benar-benar kenal diri, kenal Penciptanya dan tahu batasan-batasan dalam hidup seperti yang digariskan dalam Islam untuk dipatuhi.

 

Lebih jauh dari itu, beliau sendiri pula yang turut berjuang dalam hidup untuk menyedarkan para wanita lain agar berpakaian menutup aurat, memerangi dakyah jahat musuh-musuh Islam dalam hal berpakaian terhadap wanita, tingkah laku sebenar kaum wanita yang perlu dijaga selalu supaya tidak diperbodohkan sebarang pihak agar beroleh kebahagiaan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

 

Ikutilah pengakuan ikhlas beliau sendiri seperti yang disiarkan dalam web www.marchforjustice.com.

 

Sebagai anak Amerika yang lahir di kota besar Amerika Syarikat, aku membesar seperti gadis-gadis lainnya dan terbiasa dengan kehidupan glamour kota besar. Kemudian aku berpindah ke Florida, di pantai selatan Miami, di sebuah tempat popular bagi pencari kehidupan glamour.

 

Tentulah ketika itu aku juga melakukan apa-apa yang selalu dilakukan oleh gadis-gadis Barat. Aku hanya memerhatikan penampilan fizikal dan daya tarikanku, mengukur nilai reputasiku dan banyaknya perhatian orang lain padaku.

 

Aku berolahraga secara rutin hingga menjadi pelatih peribadi di sebuah perumahan mewah di pinggir laut dan menjadi pengunjung setia pantai yang suka mempamerkan tubuh serta Berjaya mecapai taraf kehidupan yang penuh bergaya dan berkelas.

 

Tahun-tahun yang lalu kufahami bahawa ukuran nilai kepuasan diri dan kebahagiaanku terletak pada semakin tingginya aku menggunakan daya tarikan kewanitaanku. Ketika itu, aku sesungguhnya menjadi hamba fesyen-fesyen terkini. Aku sesungguhnya telah menjadi tawanan kerana kehendakku sendiri.

 

Di celah-celah kekosongan antara kepuasan diri dan gaya hidup makin melebar maka aku mencari perlindungan dengan sebuah pelarian. Aku mengambil arak dan pesta-pesta, dengan mengikuti meditasi, menjadi aktivis, dan belajar kepercayaan-kepercayaan alternatif dengan tujuan agar celah-celah kekosonganku itu terisi dengan berbagai aktiviti.

 

Namun, akhirnya aku sedar bahawa semua itu hanya seperti ubat pelali sahaja yang sakitnya kembali berulang dibandingkan pengubatan yang benar-benar berkesan.

 

Kemudian berlaku peristiwa 11 September 2001. Sebagai saksi atas kejadian serangan berterusan pada Islam, pada nilai-nilai dan budaya Islam dan adanya pengisytiharan negatif mengenai Aktivis Salib Baru, aku terpanggil untuk mulai memperhatikan suatu ajaran bernama Islam.

 

Ketika itu aku mengaitkan semua yang berbau Islam dengan wanita-wanita yang berbaju seperti khemah, tukang pukul isteri, harem dan dunia pengganas.

 

Sebagai aktivis pembebasan wanita dan sebagai orang yang mahukan dunia yang lebih baik untuk semua, jalanku bertembung dengan jalan aktivis lainnya yang telah memimpin reformasi dan keadilan untuk semua tanpa pandang bulu.

 

Kemudian aku turut bergabung di dalam kempen sahabat-sahabat baruku yang ketika itu salah satunya adalah reformasi pilihanraya dan hak-hak awam.

 

Sekarang, kegiatan harianku sudah sangat berbeza. Daripada mendukung keadilan secara berpilih, aku belajar bahawa yang ideal seperti keadilan, kebebasan dan penghargaan benar-benar bermakna dan bersifat universal.

 

Untuk pertama kalinya, aku insaf, sesungguhnya makna semua yang dicipta Allah adalah setaraf. Tetapi yang sangat penting aku belajar bahawa hanya perlu keyakinan untuk melihat dunia yang satu dan untuk melihat penyatuan dalam penciptaan.

 

Suatu hari, aku membelek sebuah buku yang dianggap negatif di Barat, al-Quran dan kemudian minatku terbangkit lebih dalam pada pandangannya tentang kewujudan makhluk, kehidupan, penciptaan dan hubungan antara Pencipta dan penciptaan itu sendiri.

 

Aku rasa al-Quran dapat menjadi sumber pembuka wawasan dan pengetahuan untuk hati dan jiwa tanpa perlu penterjemah atau paderi.

 

Akhirnya aku sampai kepada masa yang sangat penting yang mengubah kehidupanku seterusnya. Pemahaman aktivis yang baru kurasakan untuk kepuasan diri baru-baru ini, jelas tidak bermakna apa-apa dibandingkan dengan keyakinan yang disebut Islam, yang membawa aku hidup damai sebagai Muslim yang memberi manfaat.

 

Aku membeli sebuah gaun panjang yang cantik dan penutup kepala, mirip gaya pakaian Muslimah dan dengannya aku berjalan di jalan dan kawasan tetangga yang sama, yang beberapa hari sebelumnya aku masih mengenakan seluar pendek, bikini atau gaya pakaian Barat yang berkelas.

 

Walaupun masyarakat, wajah dan mall semuanya tetap sama, ada satu perkara yang sangat berbeza, kerana untuk pertama kalinya aku berasa suatu kedamaian yang sangat berlainan berbanding dahulu.

 

Aku merasa seolah-olah semua rantai telah terputus dan akhirnya aku benar-benar bebas sebebas-bebasnya. Sangat menyenangkan kadang-kadang sedikit lucu melihat wajah hairan sesetengah orang terhadap penampilan baruku.

 

Tiba-tiba sahaja beban itu terangkat dari bahuku. Aku tidak lagi menghabiskan masaku untuk berbelanja membeli kosmetik, ke salon dan melatih diri untuk penampilanku. Akhirnya aku bebas.

 

Dari semua tempat itu, aku menemui Islamku tepat di pusat dari tempat yang disebut orang sebagai pusat skandal di bumi, bagaimanapun membuat semua itu menjadikannya penuh cinta dan istimewa.

 

Walaupun bahagia dengan Hijab, aku menjadi ingin tahu mengenai Niqab (penutup muka), kerana melihat ramai Muslimah yang mengenakannya. Aku bertanya kepada suamiku yang juga seorang Muslim, yang bernikah denganku setelah aku menjadi Muslimah, apakah aku boleh mengenakan Niqab atau cukup dengan Hijabku yang sekarang yang kukenakan?

 

Dengan selamba suamiku mengatakan bahawa dia percaya bahawa Hijab adalah sebuah kewajipan, namun tidak dengan Niqab. Ketika itu, Hijabku terdiri daripada penutup kepala yang menutupi seluruh rambutku kecuali wajah dan gaun hitam panjang yang longgar yang disebut sebagai Abaya yang menutupi tubuh dari leher hingga kaki.

 

Satu setengah tahun berlalu, aku mengatakan kepada suamiku bahawa aku ingin mengenakan Niqab. Alasanku kali ini bahawa aku berasa lebih menyenangkan
Allah Yang Maha Pencipta, dan meningkatkan rasa damai dalam diri bila berpakaian lebih tertutup.

 

Dia menyokong keputusanku dan membawaku membeli Isdaal, sejenis gaun hitam longgar yang menutup dari kepala hingga kaki dan Niqab yang menutup seluruh kepalaku termasuk wajah kecuali mata.

 

Tidak lama media mulai memberitakan tentang ahli politik, pembesar gereja, pendokong kebebasan, aktivis Hak Asasi Manusia palsu yang berkali-kali mengkritik pedas tentang Hijab, apalagi Niqab, yang bagi orang lain tampak sebagai bentuk yang sangat kejam terhadap wanita, juga dianggap gangguan dalam pergaulan. Baru-baru ini seorang pegawai Mesir mengatakan bahawa perkara itu sebagai tanda-tanda kemunduran.

 

Aku menganggap kemunafikan besar sedang berlaku apabila beberapa pemerintah Barat dan juga kumpulan pembela HAM palsu yang tergesa-gesa cuba membela hak-hak wanita. Seketika beberapa pemerintah negara lainnya memaksa penggunaan peraturan berpakaian yang tertentu untuk wanita.

 

Sekalipun begitu, Pejuang Kebebasan melihat sisi lainnya ketika wanita kehilangan hak-haknya, tidak dapat bekerja, belajar, hanya kerana memilih untuk menggunakan haknya untuk mengenakan Niqab atau Hijab.

 

Namun sekarang, berlaku banyak halangan terhadap wanita yang mengenakan Hijab atau Niqab untuk keluar bekerja dan mendapat pendidikan di sekolah atau universiti. Ia bukan hanya di bawah rejim kuku besi seperti di Tunisia, Morokko dan Mesir tetapi juga di negara-negara demokrasi seperti Perancis, Belanda dan Inggeris.

 

Ketika ini, aku masih tetap menjadi aktivis wanita, tetapi kali ini sebagai aktivis wanita Muslim yang menyeru para Muslimah untuk mengambil tanggung jawab mereka memberi dokongan semampunya kepada suami agar menjadi Muslim yang baik, membesarkan anak-anak mereka agar menjadi Muslim yang jujur dan bertanggung jawab sehingga mungkin nanti dapat menjadi cahaya untuk kemanusiaan.

 

Untuk menyebarkan kebaikan dan menjauhkan kejahatan, untuk berbincang tentang kebenaran dan kebajikan serta melawan semua kemungkaran, aku berasa patut memperjuangkan hak-hak kita untuk mengenakan Niqab atau Hijab demi menyenangkan Yang Maha Pencipta, apapun yang kita pilih.

 

Juga penting, untuk membahagi pengalaman memakai Niqab atau Hijab kepada rakan wanita yang mungkin belum pernah berpeluang untuk memahami kenapa perlunya mengenakan Niqab atau Hijab bagi kita dan alasan-alasan kita sehingga dengan penuh cinta, kita memeluknya.

 

Sebahagian besar wanita yang kuketahui mengenakan Niqab adalah muallaf Barat, sebahagian dari mereka bahkan belum berkahwin. Yang lain mengenakan Niqab
tanpa sokongan penuh dari keluarga mahupun masyarakat sekelilingnya.

 

Apa yang umumnya kita miliki adalah bahawa semua itu adalah pilihan peribadi setiap orang atau pilihan masing-masing, yang tidak satupun dari kita yang ingin untuk menyerahnya.

 

Mahu atau tidak, kaum wanita dihujani dengan gaya berpakaian minima sehinggalah tanpa pakaian langsung secara virtual dalam setiap bentuk komunikasi dimanapun di dunia ini.

 

Sebagai seorang bekas non-Muslim, aku tetap menuntu hak-hak wanita yang sama-sama mengetahui mengenai Hijab, kebaikan-kebaikannya dan kedamaian serta kebahagian yang dibawanya ke dalam kehidupan wanita, seperti yang telah terjadi kepadaku.

 

Dulu, bikini merupakan lambang kebebasanku, yang sesungguhnya membebaskanku dari kepercayaan-kepercayaanku dan sebagai manusia biasa.

 

Tiada apa lagi yang lebih menggembirakanku kerana telah menanggalkan bikiniku di Pantai Selatan dan gaya hidup Barat yang gemerlapan itu untuk hidup damai dengan Penciptaku dan menikmati hidup di antara teman-teman sesama manusia sebagai peribadi yang layak menerimanya. Hal itu adalah alasanku untuk memilih mengenakan Niqab dan bersedia mati membela hakku yang tak mungkin dicabut untuk mengenakannya.

 

Hari ini, Niqab adalah simbol baru pembebasan wanita untuk mengenali siapa dirinya, apa tujuannya dan bagaimana bentuk hubungan yang dipilihnya agar dapat bersama Penciptanya.

 

Kepada wanita yang bersetuju dengan anggapan salah mengenai Hijab, aku boleh berkata, “Engkau tidak mengetahui apa yang telah dilaluimu adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri…”

 

Kepada
penguasa peradaban yang rasuah dan sentiasa didalam keadaan rugi, juga kepada para aktivis palsu, aku mahu berkata, “Teruskanlah…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: